Selasa, 31 Julai 2012
25% potongan cukai pintu pangsapuri kos rendah
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini
mengumumkan pemberian potongan 25 peratus cukai pintu kepada semua
pemilik pangsapuri kos rendah di seluruh Selangor.
Potongan itu akan berkuatkuasa serta merta selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) mengesahkan pemberian diskaun berkenaan pada Rabu ini, lapor Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar.
Bagaimanapun,
potongan 25 peratus itu hanya layak kepada pemilik pangsapuri kos
rendah yang mendiami rumah mereka manakala pemilik yang menyewakan
kepada orang lain, tidak layak menerima pemberian istimewa ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, pemilik boleh memohon kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang dipertanggungjawab untuk memastikan hanya yang layak sahaja yang mendapat diskaun tersebut.
“Kita juga akan beri insentif kepada JMB supaya mereka menjalankan kerja efektif memastikan diskaun tersebut dapat dinikmati oleh mereka yang berhak,” katanya.
Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap pada Majlis Penyerahan 50 lori pemampat sampah (kompaktor) kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, hari ini.
Daripada 50 lori yang berharga RM14.5 juta itu, 28 unit diserahkan kepada MBSA, 18 unit kepada MBPJ, dua unit untuk Hebat Abadi iaitu anak syarikat KDEB Waste Management manakala baki dua unit lagi digunakan oleh bengkel untuk perkhidmatan sokongan.
Menteri Besar berkata, diskaun cukai pintu dapat diberikan susulan kejayaan Kerajaan Negeri mengurangkan kos pengurusan kutipan dan pelupusan sampah sebanyak RM100 juta setahun.
“Dari RM100 juta ini, saya gunakan 50% untuk memterjemahkan kecekapan kita untuk kesenangan rakyat. Dengan RM50juta ini, Kerajaan Negeri boleh memberi diskaun 25% cukai pintu untuk pangsapuri kos rendah. Inilah dikatakan hasil negeri untuk rakyat. Lebih banyak hasil, maka banyaklah manfaat untuk rakyat,” kata Abdul Khalid.
Beliau berkata, penjimatan ini dapat dilakukan hasil pengurusan telus dan bertanggungjawab yang mementingkan kebajikan rakyat.
“Di bawah penswastaan melalui Alam Flora sebelum ini, rakyat tidak mendapat manfaat yang sebaik mungkin sedangkan penswastaan sebenarnya perlu melihat kepentingan rakyat bukan kontraktor sahaja.
“Kerajaan Negeri mampu ambil alih tugas Alam Flora dan kita telah pun lakukannya. Bukan sahaja kita memberi perkhidmatan yang lebik baik tetapi juga dengan kos yang berpatutan,” kata Menteri Besar.
Beliau juga berharap dengan adanya 50 lori pemampat sampah , kerja pengurusan sampah akan berjalan dengan lebih lancar.
Menteri Besar berkata, Kerajaan Negeri menerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) akan membeli lagi 50 lori untuk diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) lain.
KDEB telah menandatangani perjanjian dengan pembekal di mana lori pemampat sampah yang rosak akan diganti baharu untuk sementara waktu sehingga lori berkenaan siap dibaiki.
“Menerusi perjanjian ini, syarikat pembekal akan menggantikan lori lain sementara menunggu lori rosak siap dibaiki. Justeru, kita tiada alasan kekurangan lori pemampat sampah kerana rosak,” kata Menteri Besar.
SUMBER
Potongan itu akan berkuatkuasa serta merta selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) mengesahkan pemberian diskaun berkenaan pada Rabu ini, lapor Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar.
Bagaimanapun,
potongan 25 peratus itu hanya layak kepada pemilik pangsapuri kos
rendah yang mendiami rumah mereka manakala pemilik yang menyewakan
kepada orang lain, tidak layak menerima pemberian istimewa ini.Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, pemilik boleh memohon kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang dipertanggungjawab untuk memastikan hanya yang layak sahaja yang mendapat diskaun tersebut.
“Kita juga akan beri insentif kepada JMB supaya mereka menjalankan kerja efektif memastikan diskaun tersebut dapat dinikmati oleh mereka yang berhak,” katanya.
Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap pada Majlis Penyerahan 50 lori pemampat sampah (kompaktor) kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, hari ini.
Daripada 50 lori yang berharga RM14.5 juta itu, 28 unit diserahkan kepada MBSA, 18 unit kepada MBPJ, dua unit untuk Hebat Abadi iaitu anak syarikat KDEB Waste Management manakala baki dua unit lagi digunakan oleh bengkel untuk perkhidmatan sokongan.
Menteri Besar berkata, diskaun cukai pintu dapat diberikan susulan kejayaan Kerajaan Negeri mengurangkan kos pengurusan kutipan dan pelupusan sampah sebanyak RM100 juta setahun.
“Dari RM100 juta ini, saya gunakan 50% untuk memterjemahkan kecekapan kita untuk kesenangan rakyat. Dengan RM50juta ini, Kerajaan Negeri boleh memberi diskaun 25% cukai pintu untuk pangsapuri kos rendah. Inilah dikatakan hasil negeri untuk rakyat. Lebih banyak hasil, maka banyaklah manfaat untuk rakyat,” kata Abdul Khalid.
Beliau berkata, penjimatan ini dapat dilakukan hasil pengurusan telus dan bertanggungjawab yang mementingkan kebajikan rakyat.
“Di bawah penswastaan melalui Alam Flora sebelum ini, rakyat tidak mendapat manfaat yang sebaik mungkin sedangkan penswastaan sebenarnya perlu melihat kepentingan rakyat bukan kontraktor sahaja.
“Kerajaan Negeri mampu ambil alih tugas Alam Flora dan kita telah pun lakukannya. Bukan sahaja kita memberi perkhidmatan yang lebik baik tetapi juga dengan kos yang berpatutan,” kata Menteri Besar.
Beliau juga berharap dengan adanya 50 lori pemampat sampah , kerja pengurusan sampah akan berjalan dengan lebih lancar.
Menteri Besar berkata, Kerajaan Negeri menerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) akan membeli lagi 50 lori untuk diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) lain.
KDEB telah menandatangani perjanjian dengan pembekal di mana lori pemampat sampah yang rosak akan diganti baharu untuk sementara waktu sehingga lori berkenaan siap dibaiki.
“Menerusi perjanjian ini, syarikat pembekal akan menggantikan lori lain sementara menunggu lori rosak siap dibaiki. Justeru, kita tiada alasan kekurangan lori pemampat sampah kerana rosak,” kata Menteri Besar.
SUMBER
JMB FLAT TAMAN DAYA
JMB Flat Taman Daya ditubuhkan pada 30 Mei 2009 dan beroperasi sepenuhnya pada 1 July 2009. Flat taman Daya sebelum ini diuruskan oleh pemaju Sedaya Sdn. Bhd. Pemaju tersebut telah di istiharkan muflis oleh mahkamah dan di uruskan oleh liquidator.
Flat Taman Daya terdiri dari 5 blok flat dengan 250 unit flat kos rendah. Flat Taman Daya terletak di kawasan Kepong dibawah Majlis Perbandaran Selayang.
Berikut adalah senarai AJK bagi Tahun 2012/2013 JMB Flat Taman Daya :-
PENGERUSI : CHEAH MOON HWA
SETIAUSAHA : JENIFER YEE WAI FUN
BENDAHARI : SEE THO WAI SIOUH
AJK : LIM KIM YOO
HOW SIEW LAN
FOO SAI
TAN BEE WAH
LOI BOH KOW
TEO SIEW THIAM
NG SAW ENG
LAI THIAM LAI

"PENDUDUK KURANG FAHAM FUNGSI JMB"
AMPANG,
31 OGOS 2009 - Penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) bukanlah satu
penyelesaian dalam mana-mana kawasan kediaman seandainya tiada pemahaman
yang jelas daripada penghuni mahupun pihak pengurusan berkait dengan
JMB.
Pengarah Operasi, Focus Facilities Management Sdn Bhd, Ablah Othman berkata, pelbagai cabaran dan masalah yang perlu dihadapi dalam menguruskan dan menyelenggara harta bersama seperti di flat, pangsapuri dan kondominium.
Menurutnya, perkara yang kerap dihadapi mana-mana pengurusan adalah keengganan penghuni membayar yuran penyelenggaraan sebagai contoh, pemilik yang tidak tinggal di perumahan tersebut tetapi menyewakan kepada orang lain.
"Kebiasaannya penyewa ini kurang rasa tanggungjawab untuk membayar yuran penyelenggaraan sehingga sukar untuk membuat kutipan sepenuhnya.
"Begitu juga bilangan unit rumah yang sedikit akan menyebabkan dana tidak setara dengan jumlah perbelanjaan pengurusan bangunan terutama perumahan kos rendah yang mempunyai lif.
"Malah ada juga pemilik yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi oleh pemaju menyebabkan mereka enggan membayar yuran penyelenggaraan walaupun yuran perkhidmatan yang rendah," kata Ablah.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran yang dihadapi JMB semasa Seminar Perbadanan Pengurusan terhadap Peranan dan Tanggungjawab JMB dan Legasi Hakmilik Strata anjuran Focus Facilities Management Sdn Bhd di Hotel De Palma Ampang.
Ablah berkata, masalah dalaman JMB juga antara beberapa masalah dan cabaran yang sering timbul apabila mereka yang berada dalam pengurusan ini tidak memahami peranan JMB dengan jelas.
Sebagai contoh "Masalah seperti rumah lelong, struktur kediaman yang tidak memuaskan, masalah cukai tanah dan masalah meter air pukal kebiasaannya ditanggung menggunakan dana yuran perkhidmatan adalah antara lain yang sering menghantui JMB," katanya.
Menurutnya, kesemua masalah ini hanya dapat diatasi sekiranya Akta 318 Akta Hakmilik Strata perkara 41A Caruman dapat dikuatkuasakan oleh pihak berwajib. Jika ini dapat dilaksanakan, maka banyak perkara dapat diatasi dan seterusnya menjaga kebajikan dan keselesaan perumahan bertingkat.
Sebelum itu, Seminar Perbadanan Pengurusan telah dirasmikan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abd Samad - SINAR HARIAN.

Langgan:
Ulasan (Atom)